bila kita bikin ada orang komen, jangan cepat melatah donk! biasa aa..baru la masing-masing ada kerja, dan buat-buat busy. pun ada cuma cakap-cakap juga. tak kisahlah asalkan bahagia. ada orang komen, itu yang hidupnya. jadi yang lebihnya pada mereka yang terlibat menghasilkan keajaiban mengikut cara sendiri, acuan sendiri.
minggu lepas Hari Sabtu 1 Nov 2008, ada dua acara yang pertama kali dianjurkan di Malaysia yang membuatkan hati aku senyum. yang pertama adalah COLOURAMA 2008 dan yang kedua MASKARA SHORTIES.
aku tabik pada pengkarya-pengkarya muda dan ‘one of a kind’. masing-masing dengan gaya sendiri. tidak perlu terima kasih kembali kepada aku. ini aku tujukan kepada kedua-dua acara ini.
COLOURAMA 2008
hari tu aku lambat sampai ke Rumah Pena, kerna menguruskan acara seharian di COLOURAMA 2008 di GALAXY Ampang. http://colourama.wordpress.com.
satu acara yang pertama kali di laksanakan. tetiba aku jadi bidan terjun, yelahh..nak menyambut kelahiran anak pertama bukan mudah….beberapa perkara PENTING yang perlu dititikberatkan dan paling utama adalah makan dan minum. Walaupun ada Penyedia (Caterer) Makan & Minum, tapi Jawatankuasa Pengurusan Makanan & Minuman tak ada? Auuwww! Dari jam 12tghari hingga jam 7ptg, aku lantik diri aku sendiri sebagai Pengurus Makanan & Minuman, yang pada mulanya rancang nak lepak-lepak, tapi Tuhan yang menentukan. Terima kasih atas pengalaman 10 tahun dahulu, bekerja sebagai pelayan restoran.
aku tak kecewa kerna tak boleh nak lepak, malah aku gembira kerna dapat memberikan yang terbaik, buat-buat busy, ikut cara aku. Aku masak air, aku buat teh, aku buat air gula, aku gegas beli sirap kordial, aku bancuh sirap, aku tuang air dalam gelas kertas, aku susun (sambil dibantu oleh Dian Bang Musician- terima kasih dear). Aku gembira lihat Ammir, Leysa, Johnson, Elaine dan Mustafa yang masing-masingnya, berhempas pulas masak dan susun-atur makanan dan minuman. Berpeluh la jugak.
pada awalnya, aku bagi pihak Pekanmaya menguruskan tempat dan pameran jualan COLOURAMA 2008, manakala Ammir (ZerotoHero http://ammirhafzan.wordpress.com) menguruskan hal-hal alatan muzik dan bunyi-bunyian dan selepas itu kita sebagai penonton dan bersosial sini-sana saja. Jika sudah menggalas tanggungjawab sebagai menyokong acara dan memastikan segala-gala berjalan lancar, secara sedar atau tidak, aku wajib menyentuh hal-hal lain mahupun kecil atau besar supaya majlis berjalan lancar dan berjaya, sekurang-kurangnya ia tidak mengaibkan kami sebahagian daripada penganjur. Harapnya semua yang datang ke acara COLOURAMA 2008 beroleh manafaat bersama.
jam 7.30petang, aku masih di Galaxy Ampang. Sebelum aku berangkat ke Rumah Pena, aku sempat berpesan kepada Penganjur Utama; Bangkit dan Wearnvy supaya pastikan kebersihan seperti sebelum terima ruang dan susun atur semula barang-barang milik Groove Junction ke tempat asalnya. Aku yakin mereka bisa melakukan yang terbaik untuk diri dan Jenama mereka, kerana ini bukan kali pertama mereka terlibat dalam pengurusan acara. Terima kasih Yanniz & Shook of BANGKIT dan Firdaus of WEARNVY kerna kesempatan kita bekerjasama dalam COLOURAMA. Aku bangga dengan kamu semua! Terima kasih juga kepada yang kenal dan baru kenal, tegur-menegur, sapa-menyapa, gurau-senda bawa bahgia; bagi aku la.. Maaf jika aku tidak senaraikan semua namanya di sini. Kamu semua di hati aku. Sungguh!
MASKARA SHORTIES
tiba di Rumah Pena, WOWOWOWWO! Penuh dengan kereta di kiri kanan lorong masuk. Haaaa! Dapat jugak satu ruang untuk letak kereta hampir dengan pintu pagar. Kelihatan berbalam-balam dan cahaya projekter terpancar ke dinding. Ramainya! Hati aku tersenyum. Bangga aku dengan MASKARA SHORTIES. Sesampai aku di ruang penonton, Vovin memanggil semua Pembikin Filem Pendek masuk ke dalam Rumah Pena untuk sesi foto bersama dengan jurufoto dan wartawan. Haaa..lihatlah di bawah tu…aku duduk dua dari kiri.
Aku ke meja buku tetamu, aku ambil tag namaku dan senarai tayangan filem di leaflet kuning…ermm maklumat pengarah di ruangan aku tertulis ‘tiada maklumat pengarah’. Mungkin sebab aku lambat hantar pada Vovin? Maaf Vovin, kerana menyebabkan ruang tidak terisi di situ.
satu-satunya pengurusan dan promosi penayangan skrin filem pendek yang berkesan dan berjaya mengujakan hati aku selain Screen & Talk oleh Republic Teater Production dan Rantai. aku tabik lagi…Kamu Vovin dan Soljah. Keep Rockin’. hari tu, Sabtu, 1 November 2008; bukanlah hari bodo aku! selainnya adalah sejarah…
apa yang aku rasa sepanjang dua tiga hari ini, nikmat kehidupan yang bukannya boleh dapat dengan sehari atau dua hari mahupun tiga ratus enam puloh hari. terima kasih adalah ucapan terbaik untuk kalian yang berkongsi pengembaraan rasa dengan aku dua malam lepas.
syukur dan terima kasih Tuhan kerna memberi aku kebahgiaan ini untuk satu hari yang panjang. aku tidur lena. puas!
bila aku bahgia aku tulis panjang-panjang.
Filed under: Uncategorized , amyikram, bennylita nasuty ramlee, hari ni hari bodo saya cik!, maskara shorties, short film, si gadis salsa, sol-jah
