{ owl & magicaltreehouse }

Icon

huh?

“tindakbalas dari mereka di luar sana

di bawah ini adalah apa yang mereka kata di blog/laman web:

Saturday, November 1, 2008
POST-MASKARA SHORTIES

MASKARA SHORTIES

Kredit Foto : Muhammad Firdaus Ariff


SOL-JAH
http://sol-jah.blogspot.com

 

Festival Filem Pendek MASKARA SHORTIES 2008- Raya Filem Muda Malaysia
oleh Fadz  (Seorang penonton dan pembaca filem, orang dan buku. Tidak lebih dari itu.

“Hari ini Hari Bodoh Saya Cik!” oleh Benylita Ramlee
Aku agak terkejut bahawa aku terjumpa seorang John Waters dalam barisan tayangan filem malam itu. Walaupun subjeknya nampak parah (seperti mana filem-filem awal John Waters sebelum Pink Flamingo), pemaparan subjek dan ‘sense of pathethic’nya mewarnakan kemanusiaan filem ini dalam hal-hal hari sehari. Jika penonton sedar atau tidak, kesemua wataknya ‘gemuk’ dan, ehem, hodoh, malah heroin dalam filem ini seorang mak nyah tegap (mengambil homaj John Waters kepada Divine), malah kawannya yang juga mak nyah tapi kurus dan ‘jelita’ langsung tak dipandang oleh sang hero. Hidup macam sial hero dipaparkan dengan seslapstik mungkin dan kadang-kadang absurd walaupun kurang matang. Tetapi semangat ‘rebel’ dalam keamaturannya menarik. Boleh baca lagi di sini.


xsydz[dot]com ::
dari bintang ke bintang
Tembok,SMS dan Maskara
“Hari Ini Hari Bodo Saya Cik! berjaya buat aku ketawa. Memang agak bodo hari yang dilaluinya..klik sini lagi


AMIR
10 KALUNG TAHNIAH BUAT SINDIKET SOL-JAH ATAS KEJAYAAN MASKARA SHORTIES
“MEMANG MERIAH!!!! aku tak sangka…
antara filem yang best bagi aku ialah “HANTU SILAP MATA”, “HARI NI HARI BODOH SAYA CIK”, “MY ALIEN GIRLFRIEND” dan “TRAFFIC LIGHT..untuk reviu lanjut, klik sini…


ROZINORAZALI

video ke filem?
“….last skali video hari bodo aku, buat aku terkenang kenang dan seketika aku tergelak sorang sorang. benny aku rasa ni lah dia….klik sini untuk lihat lagi…


LKNY
Sebuah ulasan bertajuk fipen
Aku hanya sempat menonton 4 filem….
…1. HARI INI HARI BODOH SAYA CIK
Aku suka jalan ceritanya. Pengarah cerita berjaya membuat aku (sekurang-kurangnya AKU) tertanya dan tertunggu-tunggu, bilakah hero skema/nerd itu akan melakukan kebodohan sehingga dia akan mengaku yang HARI ITU ADALAH HARI BODOHNYA. Kunci terjatuh dalam lubang lif? ini tidak bodoh. Exam di tunda?-tak bodoh lagi. Setelah penat berjalan kaki balik ke rumah, dan kembali melingkar semula diatas tilam (aktiviti normal student) baru hero perasan yang dia punya kunci spare untuk skuternya yang di lekatkan pada begnya. Lalu dia menjerit dan itulah kebodohannya pada hari itu. Lawak!.

Sekurang-kurangnya itulah yang aku faham tentang filem pendek itu (dalam 9 minit). Walaupun aku sangsi, adakah pengarah ada menunjukkan yang kunci yang terjatuh itu adalah kunci skuter? adakah scene menunjukkan yang hero pergi ke kolej menggunakan skuter? tapi hero ada memandang sebuah skuter sebelum meninggalkan kolej. Audiens tidak ditunjukkan yang hero berjalan kaki jauh untuk pulang semua ke rumah, skuter dan sebagainya, tapi rasanya itulah idea pengarah. Itulah suspensnya. Tidak semua pengarah berikan, mungkin beliau mahu audiens berfikir sendiri.

Keseluruhannya, idea itu sampai. Audiens gembira. Bererti mereka faham (sekurang-kurangnya itulah pemahaman aku). Tapi susunan dan pilihan muziknya hampir nak menguasai ceritanya lah…. agak heavy. agak berlebihan. Sekurang-kurangnya itulah pendengaran dan pandangan aku yang ’sensitif’ dengan selera musik ini. :Puntuk reviu lanjut, klik sini…

ZAKI ZAINOL AKA KANGAQ
“Jika pakai seluar pendek sebagai seluar dalam, jangan lupa periksa kalau-kalau di dalam poketnya ada kunci. Mana tahu hujung kunci itu tercucuk anu, naya! Kalau setakat terlupa kunci itu, ok lagi (biasala, sama seperti kes orang terlupa rokok. Cari merata dan siap marah member curi rokok. Padahal rokok tu ada terselit di telinga)…sila klik sini

MUHAMMAD FIRDAUS ARIFF
Festival Filem Pendek MASKARA
“filem pendek telah ditayangkan tanpa sebarang penerangan daripada para pengarah – penonton perlu buat interpertasi sendiri.

Filem pendek yang ditayangkan pelbagai ragam dan pelbagai genre – aksi, drama, komedi, parodi, surreal dan fiksyen sains. Ada yang seni untuk seni, seni untuk masyarakat dan seni untuk diri sendiri. ..untuk lebih lanjut klik sini…


ZAMRI MOHAMAD
Maskara Shorties, buka pintu untuk suara baru

“Jam 8.30 malam sehingga 12.30 malam. Filem berat, filem ringan, filem ketawa, filem duka. Sentuhan sang pro, sentuhan amatur. Cerita menghiburkan, cerita memeningkan. Semuanya membawa sentuhan penghasilnya. Moga-moga akan ada gelombang kedua Maskara Shorties selepas ini! ..untuk reviu lanjut, klik sini….


BICARA RASA SANG BAYAN
Maskara Shorties : Malam ‘Makan Asap’
“Usaha Sindiket Soljah [SS] mengumpulkan pengkarya muda, pereka grafik, penulis muda dan pembikin filem di bawah satu bumbung Maskara Shorties harus dipuji memandangkan tidak banyak ruang dan peluang bagi penggiat seni ini mempamerkan hasil karya mereka..untuk reviu lanjut, klik sini…


MEIZI
Maskara Shorties juga


SI GADIS SALSA
Random #5
It a must see la wei! Nak tgk! Nak tgk! And there’s a few more yang daku rasakan is a must see juga.
Antaranya :


” Hari Ni, Hari Bodo Saya Cik! *title yg sumpah tak leh blah.lagi rasa nak tgk!*
untuk reviu lanjut. klik sini…”

AMYIKRAM
Isnin, 2008 Oktober 27
Maskara Shorties… Sekadar Tayangan atau Festival?.
“.. Cuma yang kelihatan adalah karya Bennylita Nasuti Ramlee, menerusi filem komedi, Hari ini Hari Bodo Saya Cik. Adakah program seperti ini adalah tayangan suka-suka yang kurang menarik perhatian karyawan muda daripada sekolah perfileman tersebut?. Atau.. tayangan percuma kurang sengitnya? untuk reviu lanjut, klik sini….

Filed under: 'What The Hoot' series , , ,

2 Responses

  1. xsyd says:

    aku suka dengan idea kamu dalam menghasilkan filem pendek ini..sebab selalunya aku kalau naik lif pun,selalu terfikir apakah nasibku kalau kunci aku terjatuh ke dalam itu..ahahaha sudahla kunci skuter aku hanya satu,tiada spare..:-D

    moga akan menghasilkan lebih banyak karya lagi selepas ini..dan aku setuju dengan kata lkny,tentang pemilihan muzik itu.cuma memberi pandangan..;-)

  2. benmaya says:

    trimakasih kerna hadir dan berkongsi rasa tentang filem pendek ini. apapun, segala yang ada di dalamnya telah dirancang dan bukan disengajakan.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.